Kalau kita lihat pada hari ini, pelbagai isu yang timbul seperti penzinaan yang berleluasa, mat rempit, khalwat, pesta maksiat yang akan melahirkan masyarakat sakit. Dari masyarakat yang sakit ini akan timbul masalah yang lain seperti membuang bayi, bunuh diri dan bermacam lagi yang kita boleh tahu.
Disini saya hendak kongsikan bersama berkenaan dengan isu-isu yang timbul kerana sewaktu saya di sebuah surau selepas solat Ishak td, ada seorang sahabat ini memberikan sedikit tazkirah tentang isu semasa dan bolehlah saya kongsikan bersama pembaca sekalian. Apa yang sahabat ini bangkitkan adalah berkaitan:
1. Isu membunuh kanak-kanak yang berumur 3 tahun Safiah Humaira di Batang Kali, Selangor.
2. Sikap peduli
3. Reaksi kita sebagai seorang mahasiswa, jiran, pelajar atau individu.
4. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
Sebagai seorang mahasiswa, kita perlu tahu dan perihatin dengan dunia luar, dalam dan isu-isu yang berlaku. Peranan mahasiswa juga perlu bersama-sama dan terjun dalam masyarakat untuk membantu sebaik yang mungkin.
Apa yang beliau tekankan adalah sikap peduli antara sesama manusia iaitu muslim. Ini kerana setiap muslim itu mempunyai hak yang perlu ditunaikan kepada Allah swt, kpd diri sendiri, keluarga dan kpd ampunya hak itu sendiri.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “sesungguhnya keatas diri kamu ada hak (yang hendak ditunaikan) terhadap tuhan mu dan atas mu ada hak (yang hendak ditunaikan) terhadap dirimu sendiri dan atas diri mu ada hak (yang hendak ditunaikan) terhadap keluarga mu, maka berikanlah olehmu tiap-tiap yang ampunya hak itu akan haknya”
Ini kerana masyarakat sekarang tidak mengambil peduli tentang sahabatnya, jirannya, masyarakatnya malahan hak pada diri pun tidak dipedulikan. Kawan hanya sekadar kawan, jiran hanya sekadar jiran dan diri hanyalah untuk diri sendiri. Hubungan sesama islam, ukhwah, persaudaraan, kefahaman dan penghayatan terhadap islam itu kurang di dalam masyarakat kini.
Dalam kes Safiah Humaira ini, dia di dera di Padang, dimana ada saksi yang melihat kejadian tersebut. Adakah masyarkat hanya melihat dan tidak membantu? Apakah reaksi kita?
Walaupun perkara itu berlaku jauh dari tempat kita, jauh dari kemampuan kita, tetapi kita boleh mengubahnya. Walaupun ia tidak berlaku kepada kita, kita patut mengambil tahu dan bertindak. Jika perkara ini berlaku pada kita, adik kita, keluarga kita dan apakah reaksi kita?
Reaksi kita dalam perkara ini adalah ada pada diri kita dan masyarakat sekeliling kita. Ini kerana Islam telah menekankan tentang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Setiap kita ini adalah agen dan menjadi agen perubahan. Bukan kerja-kerja ustaz, kerja-kerja ulama tetapi kerja kita bersama kerana kerja dakwah ini terletak pada setiap umat Islam itu sendiri.
Dalam firman Allah swt yang bermaksud, “kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran dan beriman kepada Allah…”
Oleh itu, kita serulah masyarakat kita kepada kebaikan. Apa yang kurang disekeliling kita itu, tambahkan. Sampaikanlah walau satu ayat. Walaupun ringkas, seruan kita itu besar. Sebagai permulaan, ajaklah kawan yang paling rapat dengan kita dengan kebaikan. Mungkin sebagai permulaan ini menjadi langkah kita pada hari kemudian.
Sekadar berkongsi…..
No comments:
Post a Comment