Kenapa kanak-kanak ne comel ye?
Timbul satu persoalan dalam fikiran saya. Masa sembang-sembang dgn Izzat, salah seorang sahabat saya yang lama tidak berjumpa sampailah belajar di Skudai baru berjumpa. Sebenarnya, pernah thu la perkara2 yang mcm ne, pnh diberitahu, membaca tp dah lame, x ingat la plak..huh…mmg da try cbe refresh, mmg x igt jgk.
Jawapannya adalah kanak-kanak ini comel kerana mrk tiada dosa dan tidak membuat dosa. Memang betul la apa yang dijawab….dan timbul banyak persoalan…huhu
Fitrah mempunyai pelbagai maksud dan skop fitrah ini adalah luas dari pelbagai sudut. Apa yang saya faham berkenaan dengan fitrah ini adalah maksudnya suci atau bersih. Ini bermakna bayi yang lahir, kanak-kanak yang baru merangkak, berjalan, dan bercakap itu adalah bersih daripada pelbagai sudut seperti agama, dosa, pengetahuan, bercakap, berjalan dan sebagainya. Ibu bapa, televisyen, kawan-kawan atau apa yang dipelajari mrk ini adalah gurunya dan menjadi ikutannya.
Bayi atau kanak-kanak yang lahir itu adalah dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kalau kita lihat sabda Rasulullah sendiri yang bermaksud “Setiap anak tidak dilahirkan kecuali dalam keadaan fitrah (suci). Maka kedua orang tuanya yang menjadikannya Yuhudi, Nasrani, Majusi atau Musyrik.”(HR.al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
Saya mempunyai seorang adik kecil yang berumur 4 tahun dan adik2 yang lain la. Dari apa yang saya lihat tentang adik saya ini adalah orang ramai mmg mudah dekati, pegang, bertanya, picit pipi, kacau-kacau skt dan mcm-mcm lagi. Apa yang saya perhatikan lagi, adk saya ini mudah untuk mempelajari sesuatu, mengikut, melihat dan melakukan sesuatu.
Saya ada tgk satu iklan dimana anak-anak mrk mengikut cara atau tingkahlaku parent mrk. Ayah marah, anak pn marah, mak merokok, anak pn merokok. Orang puteh buat la. Terkejut jgk la bila tgk…tp tgk2 blakon je. Tp ada msg yang hendak disampaikan dari iklan ini dan pelbagai pengajaran yang kita boleh ambil.
Ini kerana Allah telah jadikan wanita itu berlainan dengan lelaki. Ada yang kurang dan ada yang lebih. Bagi wanita, mereka mempunyai perasaan yang lebih seperti kasih sayang, tabah, prihatin nafsu dan lain-lain. Kekuatan seorang wanita ini sebenarnya terletak pada kelembutannya dan memang patutlah seorang ibu itu menjadi ibu kepada anak-anak. Seorang ibu itu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak tidak boleh menjaga 1 ibu. Fikir-fikirkanlah.
Fitrah bagi manusia adalah hidup secara manusiawi, wajar berdasar akal fikiran yang sihat dan hati yang sejahtera. Fitrah kehidupan adalah baik adanya, saling mengasihi, menyayangi, menghormati, damai, dan tolong-menolong di antara manusia.
No comments:
Post a Comment