Wednesday, March 3, 2010

kepada kekasihku.....



Ya Rasulullah, aku bersaksi bahawa kau telah telah menyempurnakan imanmu, aku bersaksi bahawa kau telah menyebarkan rahmat ke seluruh alam dan aku bersaksi bahawa pada waktu yang terakhir kau masih mengingati aku dan terus mengingati aku.

Aku kini sebagai umatmu menanggungnya dan meneruskan usaha-usahamu sebagai bukti bahawa aku ini umatmu dan hamba Allah yang benar-benar taat.

Namun aku sebaliknya, akibat kemampuan yang tidak dicapai oleh jasadku, terlalu banyak culas dan lemahnya diriku. Dosa, kerap ku lakukan dalam kehidupan, hingga laranganmu kerapku dilanggari, walau dalam sedar ia sebuah dosa. Suruhanmu pula selaluku abaikan, sedang aku bercita-cita untuk menjadi insan yang paling hampir denganmu, mendapat syafaatmu di akhirat kelak.

Layakkah aku.....

Ya Allah, jangan biarkan dosa yang ku lakukan berterusan, tidak rasa gentar terhadap azabmu, jangan kau angkat rasa kesal dari jiwaku, hingga tiada lagi debaran iman dijiwa dan hatiku.

Aku memohon ampun kepada mu ya Allah, kau yang maha pemurah, maha penyayang, maha pemberi rahmat dan hidayah. Aku hambamu, hambamu yang lemah. Terlalu kerapku melakukan kesalahan. Dosaku menggunung tinggi. Tiada dayaku selainmu untuk menerima taubatku ya Allah dan tiada dayaku untukmu untuk menerima syafaatmu ya Rasulullah.

Aku juga berharap kepadamu Ya Rasulullah, masih sudi menerimaku sebagai umatmu, yang layak untuk tergolong dalam mereka yang terpilih bagi menerima syafaat dan doamu di akhirat kelak. ya Rasulullah, aku sedar dan yakin dengan perjuanganmu. Sebuah perjuangan yang tidak pernah putus selain matiku, akan ku usahakan sepenuh dayaku, termampuku.

Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku. Aku akan terus berusaha ya Allah, berdoa kepadamu ya Allah. Terimalah istifarku, taubatku, dan luahan hambamu yang lemah ini ya Allah. Ya Allah ya tuhanku, masukkanlahku kedalam golongan yang sedikit ini, jauhilahku dari golongan yang ramai ini. Ampunilah segala dosaku dan kau rahmatilah hidupku ya Allah…… Tiada upaya untuk mentaati perintahMu dan tiada upaya untuk menjauhi laranganMu melainkan dengan keizinanmu ya Allah yang Maha Besar.

Engkau adalah tuhanku, tiada tuhan selain engkau, kau menciptakan dan aku abadimu, dan aku berada dalam perjanjianmu, ikrar kepadamu, (yang akan ku laksanakan ) segala kemempuanku, dan aku berlindung padamu, dari segala kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui nikmatmu kepadaku, dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tiada yang boleh mengampuni dosa-dosa selain engkau….

No comments:

Post a Comment