
Dalam subjek database, saya mempunyai seorang pensyarah yang rapat dan mudah untuk mendekati pelajarnya. Beliau adalah En.Uznir Ujang dan beliau juga seorang lec yang peramah dan banyak bercerita tentang pengalamanya dan apa2 kisah-kisahlah.
Sewaktu sebelum test 1 dalam subjeknya, beliau ada menceritakan tentang sejarah yang saya sendiri tidak tahu iaitu tentang sejarah yang terjadi di Kota Melaka suatu ketika dahulu.
Melaka telah dibuka oleh seorang yang bernama Parameswara dari sivijaya berdsarkan sejarah dan Melaka juga telah terkenal dengan perdagangan rempah, mineral dan sebagainyala...sewaktu pemerintahan melaka juga, emas juga menjadi harta yang dipunyai oleh penduduk, dikatakan setiap isi rumah mempunyai 4 kati emas dan anak2 raja apabila keluar bermain, mereka juga membawa emas.Begitulah kekayaan melaka ketika suatu masa dahulu.
Ia juga menarik pelbagai manusia untuk berdagang dan berurusan serta menjadi kawasan tarikan bagi penjajah untuk menjajah di kawasan nusantara ini. Apa yang diceritakan oleh beliau lagi adalah berkenaan dengan penaklukkan portugis di Melaka ini adalah dalam tempoh yang amat panjang hingga beratus tahun.
sewaktu penaklukan itu, Melaka telah dikepung dan serangan oleh portugis. serangan itu telah berlaku dengan dasyat sekali sehinggakan darah mewarnai pantai melaka. Kota Melaka juga telah dibakar dan pembinaan Kota A Famosa dilakukan di tapak kota melaka.
kota A Famosa sebenarnya dibina dari sisa-sisa kota melaka yang dibakar. Rumah-rumah, istana, mayat djadikan asas pembinaan kota A Famosa ini. oleh itu, pembinaan kota ini adalah dalam jangka waktu yang amat singkat. saya terkejut apa bila beliau menyatakan begitu. tidak disangka pembinaan kota famosa itu ada sejarahnya tersendiri.
Dan apa yang diceritakan oleh beliau ini dapat mengisi masa sewaktu test belum bermula. Cerita itu sekadar bagi menghilangkan debaran test..huhu....menjawablah test database dalam sejarah melaka...haha...


