Adakah didalam kehidupan kita selama ini, kita mempunyai seorang sahabat yang betul-betul baik dan dapat menjaga kita seperti mana ibu atau bapa menjaga kita ketika ketiadaan ibu bapa. Sahabat yang baik sebenarnya adalah seorang teman yang dapat memahami dan membantu segala apa yang berlaku di dalam kehidupan kita ini.
Kisah yang akan saya dibawa pada kali ini adalah berkaitan dengan seorang sahabat dimana ia sanggup melakukan apa sahaja demi sahabatnya kerana kepercayaannya terhapdap deen dan sahabatnya itu. Kisah ini sebenarnya, selalu saya teringat apabila mendengar nama Abu Bakar dari mana-mana perbualan.
Sepertimana yang kita tahu, Abdullah Bin Qahafah atau Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a. ini merupakan sahabat Rasulullah saw yang paling rapat. Beliau telah mandapat gelaran ini kerana membenarkan setiap perkataan yang diucapkan oleh Rasulullah. Abu Bakar As Siddiq juga merupakan salah seorang sahabat yang awal memasuki Islam dan antara 10 sahabat yang dijamin masuk syurga.
Kisah yang selalu saya teringat tentang Abu Bakar As Siddiq ini adalah sewaktu Hijrah dan beliau melarikan diri dengan Rasulullah ke gua Thur. Ramai pahlawan-pahlawan kafir pada ketika itu diupah untuk memburu Rasulullah dan Abu Bakar tetapi mereka tidak menjumpainya dan hanya mereka jumpai hanyalah bekas tapak-tapak kaki sahaja. Terdapat juga pelbagai bantuan dan ujian yang diberikan dari Allah swt kepada Rasulullah dan Abu Bakar.
Sewaktu di dalam gua Thur, Abu Bakar sebenarnya menjaga Rasulullah dengan penuh penjagaan. Ketika Rasulullah tidur di pangkuan Abu Bakar, beliau telah ternampak kala jengking @ ular di salah satu lubang di dalam gua tersebut. Lantas Abu Bakar menutupnya dengan tangan beliau pada lubang tersebut dan beliau di sengat oleh makhluk berkenaan.
Pada ketika itu, Abu Bakar hanya menahan sakit dan membiarkan dirinya sakit tanpa disedari oleh Rasulullah kerana tidak mahu menganggu tidur Rasulullah. Hinggalah beberapa ketika, air mata Abu Bakar menitis pada muka Rasulullah dan terus bangun dari tidurnya. Selepas Rasulluah mengetahui perkara tersebut, Rasulullah menyapukan luka patukan itu dengan air liur Rasulullah & Saidina Abu Bakar ra pun sembuh.
Oleh itu, apa yang boleh dikongsikan dari kisah diatas adalah pengorbanan dan perhatian yang diambil oleh seorang sahabat terhadap sahabat yang lain adalah amat diperlukan. Sahabat yang sejati akan membantu sahabatnya yang lain, tidak kira apa yang berlaku dan mungkin membantu dengan yang termampu atau mendoakan kesejahteraan sahabat yang lain. Sahabat yang baik akan membantu dan berada disisi sahabatnya yang lain ketika diwaktu sukar. Ini kerana setiap manusia tidak dapat hidup berseorangan tanpa jemaah dan manusia mempunyai jemaah lebih kuat berbanding manusia yang keseorangan. kalau tidak silap saya ada seorang pak cik yang memberitahu di dalam satu hadis yang bermaksud: setiap muslim itu wajib mempunyai jemaah la.Wallahualam bissawab……
No comments:
Post a Comment