Saturday, January 30, 2010

Seorang sahabat.....

Adakah didalam kehidupan kita selama ini, kita mempunyai seorang sahabat yang betul-betul baik dan dapat menjaga kita seperti mana ibu atau bapa menjaga kita ketika ketiadaan ibu bapa. Sahabat yang baik sebenarnya adalah seorang teman yang dapat memahami dan membantu segala apa yang berlaku di dalam kehidupan kita ini.

Kisah yang akan saya dibawa pada kali ini adalah berkaitan dengan seorang sahabat dimana ia sanggup melakukan apa sahaja demi sahabatnya kerana kepercayaannya terhapdap deen dan sahabatnya itu. Kisah ini sebenarnya, selalu saya teringat apabila mendengar nama Abu Bakar dari mana-mana perbualan.

Sepertimana yang kita tahu, Abdullah Bin Qahafah atau Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a. ini merupakan sahabat Rasulullah saw yang paling rapat. Beliau telah mandapat gelaran ini kerana membenarkan setiap perkataan yang diucapkan oleh Rasulullah. Abu Bakar As Siddiq juga merupakan salah seorang sahabat yang awal memasuki Islam dan antara 10 sahabat yang dijamin masuk syurga.

Kisah yang selalu saya teringat tentang Abu Bakar As Siddiq ini adalah sewaktu Hijrah dan beliau melarikan diri dengan Rasulullah ke gua Thur. Ramai pahlawan-pahlawan kafir pada ketika itu diupah untuk memburu Rasulullah dan Abu Bakar tetapi mereka tidak menjumpainya dan hanya mereka jumpai hanyalah bekas tapak-tapak kaki sahaja. Terdapat juga pelbagai bantuan dan ujian yang diberikan dari Allah swt kepada Rasulullah dan Abu Bakar.

Sewaktu di dalam gua Thur, Abu Bakar sebenarnya menjaga Rasulullah dengan penuh penjagaan. Ketika Rasulullah tidur di pangkuan Abu Bakar, beliau telah ternampak kala jengking @ ular di salah satu lubang di dalam gua tersebut. Lantas Abu Bakar menutupnya dengan tangan beliau pada lubang tersebut dan beliau di sengat oleh makhluk berkenaan.

Pada ketika itu, Abu Bakar hanya menahan sakit dan membiarkan dirinya sakit tanpa disedari oleh Rasulullah kerana tidak mahu menganggu tidur Rasulullah. Hinggalah beberapa ketika, air mata Abu Bakar menitis pada muka Rasulullah dan terus bangun dari tidurnya. Selepas Rasulluah mengetahui perkara tersebut, Rasulullah menyapukan luka patukan itu dengan air liur Rasulullah & Saidina Abu Bakar ra pun sembuh.

Oleh itu, apa yang boleh dikongsikan dari kisah diatas adalah pengorbanan dan perhatian yang diambil oleh seorang sahabat terhadap sahabat yang lain adalah amat diperlukan. Sahabat yang sejati akan membantu sahabatnya yang lain, tidak kira apa yang berlaku dan mungkin membantu dengan yang termampu atau mendoakan kesejahteraan sahabat yang lain. Sahabat yang baik akan membantu dan berada disisi sahabatnya yang lain ketika diwaktu sukar. Ini kerana setiap manusia tidak dapat hidup berseorangan tanpa jemaah dan manusia mempunyai jemaah lebih kuat berbanding manusia yang keseorangan. kalau tidak silap saya ada seorang pak cik yang memberitahu di dalam satu hadis yang bermaksud: setiap muslim itu wajib mempunyai jemaah la.Wallahualam bissawab……

Friday, January 29, 2010

9 mimpi Rasulullah

Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

September dan Mei

SEPTEMBER

sangat bersopan santun, mudah bertolak ansur, sangat cermat teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikapnya sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat prihatin dan berperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orangnya banyak berfikir tapi pendiam, daya pentaakulan yang baik, otak bijak dan mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi), simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong, kurang menunjukkan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, kerja bersistematik.


MEI

Keras hati dan degil, Semangat dan bermotivasi tinggi, Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian, Berfikiran tajam, Mudah marah apabila tidak dikawal, Perasaan yang amat mendalam, Cantik dari segi fizikal dan mental , Tidak perlu dimotivasikan, Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, Mudah dipujuk, Bersikap sistematik (otak kiri), Suka berangan, Kuat daya firasat (memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu), Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit, Daya khayalan yang tinggi, Berfikiran tajam, Pandai berdebat, Bentuk fizikal yang baik dan menarik, Kelemahan sistem pernafasan, Suka sastera, seni dan muzik serta melancong, Tidak berapa suka duduk dirumah, Tak mempunyai ramai anak, Tak boleh duduk diam, Rajin dan bersemangat tinggi, Agak boros

Berdasarkan kajian Dato Dr Fadzilah Kamsah